Adakah anda pernah memakai kain batik atau baju batik?
Batik dikenali sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang
terkenal di malaysia. Sehingga kini, perusahaan pakaian batik malaysia banyak
tertumpu di negeri-negeri di pantai timur, iaitu kelantan dan terengganu. Hasil
pembuatan batik di malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Rekaanya
yang bermutu tinggi dan coraknya yang unik menambat hati peminat pakaian
tradisional. Di sini saya akan menceritakan jenis-jenis batik dan kegunaan
batik di malaysia.
Jenis-jenis batik di Malaysia:
Batik Blok atau dikenali juga sebagai Batik Terap,
Batik Cap atau Batik Pukul. Batik Blok dihasilkan menggunakan blok kayu atau
blok besi atau tembaga. Blok yang diukir timbul dengan corak-corak menarik
digunakan untuk menerap kain. Blok dicelup ke dalam pewarna sebelum diterap ke
atas kain. Teknik blok ini adalah antara teknik yang terawal digunakan dalam
pembuatan batik.
Batik Canting atau dikenali sebagai Batik Lukis
atau Batik Tulis. Batik Canting ialah batik yang dilukis tangan menggunakan
kaedah mencanting iaitu campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting
kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang.
Proses mencanting ini dilakukan bagi membentuk motif dan reka corak batik yang
telah dilukis. Batik Canting ini ialah batik yang paling popular sehingga ke
hari ini kerana corak dan motifnya yang unik dan eksklusif.
Batik Skrin juga dikenali sebagai Batik Stensil
atau Batik Sutera Saring. Batik jenis ini menggunakan teknik cetak sutera
saring dan tidak menggunakan lilin. Warnanya lebih tahan lama dan tidak luntur.
Proses pembuatannya cepat dan harganya lebih murah.
Kegunaan batik di Malaysia:
1) Untuk wanita, kain batik selain digunakan sebagai
kain sarung dan kain basahan di rumah, ia juga boleh disesuaikan dengan fesyan
baju kurung atau kebaya.
2) Fesyan lelaki juga tidak terlepas dengan corak
batik yang dijadikan sebagai kemeja.
3) Pakaian corak batik sering digunakan dalam
majlis-majlis keramaian dan formal. Sebagai contoh, sektor awam mewajibkan
pekerjanya memakai pakaian batik pada setiap hari khamis.
Ole itu, sebagai rakyat malaysia, kita seharusnya sentiasa berusaha
memartabatkan batik malaysia dan berbangga dengan keunikan ini.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan