Apakah isu yang hangat berlaku di Malaysia ketika ini?
Pandemik Covid-19 ialah wabak penyakit koranavirus 2019 yang melanda dunia
pada masa ini berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2(SARS-COV-2).
Dalam pada itu, Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang tersebar
dengan virus ini. Isu ini semakin hangat di Malaysia sehingga setiap dada
akhbar tempatan tidak lekang dengan berita ini selain di kaca televisyen. Covid-19
ini ternyata sangat berbahaya kerana sehingga 24/7/2020 Malaysia telah mencatatkan
kes kematian sebanyak 123 kes. Hal ini kerana virus Covid-19 tersebar dengan
begitu cepat dan berjangkit dari individu kepada individu yang lain melalui
titisan pernafasan atau sentuhan seperti batuk atau bersin oleh individu
bergejala, sentuhan dengan individu bergejala dan menyentuh permukaan yang
telah tercemar dengan virus. Namun kita dapat mecegah diri kita daripada
dijangkiti dengan cara-cara seperti yang berikut:-
·
Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter
daripada individu yang bergejala seperti batuk, demam dan bersin.
·
Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah.
Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci
tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand
sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk
membasmi virus.
·
Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan
kerap
·
Memakai topeng muka. Sekiranya anda tidak sihat
seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan
rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama
berulang-kali, sebaliknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.
·
Kekalkan berada di dalam rumah atau “stay at
home”. Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada
dijangkiti virus covid-19. Inilah masa terbaik untuk meuangkan masa yang
berkualiti bersama keluarga.
Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan amalan-amalan pencegahan ini
supaya kita dapat memutuskan rantaian penularan wabak covid-19 ini dan tiada
kluster atau gelombang baru yang lebih serius boleh melanda negara kita.
Yakinlah bahawa sekiranya kita terus mendisiplinkan diri kita dengan norma
kehidupan baharu, insha-Allah wabak ini akan hilang dari negara kita.
الوقاية خير من العلاج

Tiada ulasan:
Catat Ulasan